Friday, June 14, 2019

#roadtoAustralia2019: Proses Mohon VISA Australia




Salam korang.. ha kali ni aku nak share macam mana nak apply visa Australia.. actually banyak dah bolgger-blogger lain dah share pasal ni.. tapi sebab aku sayang korang maka aku share juga dalam blog aku ni ya.. hehehe

Actually aku apply for visa dulu sebelum beli tiket, sebab takut risiko visa tak lulus nnt karang membazir lak tiket yang dah terbeli tu kan.. aku pun bukan orang kaya nak bazirkan ribu-riban..

Untuk memohon Australia Visa ni ade 3 cara, sama ada korang guna travel ejen, website pihak ketiga atau mohon direct melalui portal rasmikerajaan Australia.

Option 1: Mohon melalui portal rasmi kerajaan Australia https://www.eta.homeaffairs.gov.au/ETAS3/etas


Beza antara ketiga-tiga method ni hanya pada caj visa itu.. jadi aku apply sendiri melalui laman portal rasmi. Bayaran nya hanya AUD20 atau lebih kurang RM59.90. Lepas selesai, korang akan dapat emel ni dan boleh check ETA.




Lepas dapat notification email, korang boleh print out visa details melalui https://online.immi.gov.au/evo/firstParty.
 



Option 2: Mohon melalui website pihak ketiga di https://australianvisaauthority.org/

Masa mula-mula aku google keluar link ni. Rupanya ini adalah link third party so diorang caj lebih mahal dalam USD40 ..mahal giler..


Option 3: Mohon melalui travel agent

Kebetulan kawan aku adalah travel agent, jadi aku tanya dia..dia caj RM20/visa plus AUD20 caj kerajaan Australia. So kalau confident nak apply sendiri, bolehlah guna khidmat travel agent ni.

No comments:

Post a Comment