Monday, December 9, 2019

Travel : August 2019 Melbourne, Australia - Homestay @ Fongeo Drive, Point Cook




Assalamualaikum... wah semangat datang lagi untuk update.. Okay kali ni aku nak tulis berkenaan homestay yang kami sewa sepanjang tempoh percutian kami ke Melbourne. Actually mula-mula aku plan nak tukar-tukar rumah ikut lokasi, tapi memandangkan nak save budget maka aku decided to stay at one place je.. Jadual perjalanan kami pun aku susun supaya kami tak terkejar-kejar..

So ini lah rumahnya, aku cari melalui booking.com.


Alhamdulillah keadaan rumah ini sangat selesa dan sama seperti dalam gambar iklan booking.com. Memang aku beri rating 10/10. Semua orang terpegun dengan design rumah ni, luas lapang dan selesa.. rasa nak tiru je plan rumah ni... mak siap buat lawak.. "along beli rumah xhabaq pon noo..." adoiii.

Rumah ini ade 4 bilik dan 3 bilik air. Sangat selesa untuk kami berlapan. Katil ada 1 king bed, 2 queen dan 2 single. Semua orang dapat tido atas tilam tu yang penting. Sebab en suami pesan, cari rumah yang semua org dapat selesa sama rata sebab semua sama-sama letih bila gi berjalan-jalan ni.. 


Aku share kat sini keadaan sekitar kawasan luar dan dalaman rumah dalam video kat link ni


Nak cerita berkenaan rumah ni, actually aku tak jumpa pun tuan rumah ni. Kunci ada diletakkan dalam lock box ditepi rumah dan tuan rumah akan mesej kepada aku combination code @ password.

Nak dijadikan cerita, masa keluarkan kunci dari lock box aku lupa nak snap gambar kunci tu. Rupanya penting ya kawan-kawan.. sebabnya lepas kami balik (baru touch down KLIA) owner ni mesej aku, katanya remote garage went missing.. aduhai..padahal remote garage ni mcm remote pintu kereta kita je..kecik dan attached to serumpun kunci-kunci pintu. Aku memang letak balik semua dalam lock box.

Penat la menyakinkan owner sampai aku naik give up dan rasa mcm owner ni nak kebas duit deposit aku je kekdahnya.. Owh ya lupa habaq, rumah ni dikenakan deposit AUD280,  incase berlaku kerosakan atau hilang barat, lebur la deposit kau.. huhuh

Aku cakap dalam hati, kalau bukan rezeki aku nak buat mcm mana kan.. tapi Alhamdulillah selang 2 hari owner mesej yang pekerja dia tersilap dan mereka dah jumpa remote berkenaan. Salah rumah pekerja tu. Huhuh dan aku dapat balik refund AUD280 aku.. syukur..


Satu lagi kejadian, kali ni pasal alarm rumah pula.. aduhai.. macam-macam dugaan.. Rumah ni actually ade aircond dan heater. First night kami tak reti, jadi kami buka dua-dua aircond dan heater serentak.. so malam first tu sejukkkkkkk la kan.. hahaha

Malam kedua, baru perasan boleh off aircond dan buka heater ja..huh selesa betul malam tu... tapi lepas tu alarm selang beberapa minit dok asyik bunyik, tapi tak lama.. kami pon adjust2 tak juga berhenti.. Naik buntu jugak la.. lepas tu makin kerap dan makin panjang bunyiknya alarm tu..

Nasib baiklah adik ipaq ku ade kawan dok Melbourne video chat.. kawan dia tanya awat alarm dok bunyik.. bahaya tu kalau nanti bomba dtg mesti kena denda dekat AUD500... Jadi nasib baik la kawan adik ipaq ku habaq suruh buka aircond kuat2 dan kipas dekat sensor.... rupanya sebab suhu dlm rumah panas sb buka heater je.. sebab tu alarm bunyik.... Ya Allah syukur selamat lagi dari kerugian. Kalau tidak bomba datang belanja abam bomba AUD500... 


Walau pun bilik ni ade 8 katil, tapi mak , abah dan adik aku yg bujang lebih selesa tido kat living hall sebab ade karpet dan heater kuat kat sini... dalam bilik heater slow jadi sejukkkk amatssss..


Ok nanti sambung cerita pi jalan-jalan pulak ya... Babaiii

No comments:

Post a Comment