Wednesday, April 4, 2018

DIY: Adik's Wedding Part 3 - Meja Pengantin


Assallamualaikum..



Untuk meja makan beradap, aku ubah sedikit...taknak buat meja makan beradap yang berbentuk panjang.. Aku nak guna meja bulat.. So aku kutip idea di IG dan Pinterest design yang macam mana aku nak buat..yang penting bajet tak burst, poket tak koyak...hehehe

Memandang meja bulat jadi centerpiece nya aku pilih utk guna high glass vase macam gambor kat atas tu. Tapi aku guna keseluruhannya bunga hydrengea putih, beige dan cream.. Kebetulan jumpa vase kaca besaq tu kat Kaison..murahhhhhh pulak tu...

Tara ni la hasilnya...

Semua barang barang keperluan untuk buat centerpiece ni aku beli kat Kaison ja..



Kos yang terlibat seperti berikut;


Macam cermin tu aku terimagine nak jadikan lapik..nasib baik ngam dengan luas bukaan pasu kaca tu.. murah lak tu.. Aku guna benda murah-murah sahaja plus guna barang sedia ada kat rumah..


Ok next utk centerpiece meja tetamu.. Idua simple mcm contoh kat bawah ni je...


Syukur Alhamdulillah aku jumpa vase murah di Kaison dan lilin combo yang murah kat IKEA. Vase aku guna short glass vase mcm kat atas RM6.90 dan lilin pula 4 ketul RM9.90 kat IKEA.



Kebetulan, tanya dengan tauke sewa kerusi meja, ade pula topper alas meja warna hitam..syukur Alhamduillah... tapi sayangnya underlayer labuh warna putih hanya tinggal 2 set sahaja sebab kebetulan ade banyak yang sewa..jadi terpaksa under layer yang tak berapa nak panjang... murah sewa meja..meja sebijik RM10, kerusi sebijik RM1 dan alas meja RM8..

So akhirnya beginilah hasilnya..







Sekian...

1 comment:

DIY: Adik's Wedding Part 3 - Meja Pengantin

Assallamualaikum.. Untuk meja makan beradap, aku ubah sedikit...taknak buat meja makan beradap yang berbentuk panjang.....