Tuesday, January 2, 2018

Alhamdulillah, Syukur Ya Rabb





Assalamualaikum...

Masih ingat ke dengan post aku before this..yang meroyan pasal anak tak dapat 6A UPSR... huhuh..
Kami bertiga dirumah Alhamdulillah sudah pun bertenang dan menerima kenyataan semua ini adalah ketentuan Allah dan Dia beri hanya yang terbaik untuk kami sekeluarga...

Sepanjang sebulan cuti sekolah ni, tak sempat nak balik kampung lama-lama atau bercuti ke mana-mana. Hanya jalan-jalan sekitar KL saja. Balik kampung dapat 4 malam saja...

Selain daripada mama punya cuti pon nyawa-nyawa ikan, Adee kena hadiri beberapa siri temuduga dan ujian kemasukan ke sekolah berasrama penuh.

2 Disember 2017 

Bermula dengan ujian jawi dan hafazan di SMA Putrajaya, Presint 11 pada 2 Disember 2017. Ni memang last minit, bayangkan sehari sebelum tu kira-kira pukul 12 tengahari, kami sedang on the way nak ke Tanjung Malim, kawan Adee wasap minta check laman web JPN Putrajaya untuk sesi ujian dan hafazan. Nasib baik dapat sesi petang esok nya..maka boleh kami proceed untuk tidur di Tanjong Malim.


SMA Putra ni mengadaptasi Modul Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) iaitu tahfiz dan akademik.. Sekolah target semua pelajar akan berjaya menghafaz Al-Quran pada Tingkatan 1 hingga 3. Best kan? dan bakal menghasilkan teknokrat yang hafiz/hafizah. Berharap sangat agar Adee dapat masuk sekolah ni.



Mula-mula calon akan diuji tahap penguasaan Jawi. Adee kata senang kacang... huhu yo lah tu anak..
Pastu semua calon diberikan petikan surah al-Quran (dlm satu muka mcm tu lebih kurang) untuk dihafal dalam tempoh 30 minit!!!...Kena kuarantin dan pastu kena hafaz depan ustaz/ustazah.

Mengikut taklimat Pengetua, rekod terbaik sesi pagi adalah 8 ayat. Wow!! kagum betul.. Aku tanya Adee, dia hanya dapat hafaz 3 ayat sahaja... huhu takpo lah anak, dah cuba yang terbaik dah tu.

Memandangkan sekolah ini memberi prioriti kepada calon dari Putrajaya , maka kami dari kawasan sekitar luar Putrajaya hanya diperuntukan kuota 20% sahaja... jumlah nak ambil hanya 90 org, jadi kalau 20% hanya 18 org sahaja calon luar... wahhhhhhhh tipisssss sangat... jadi aku tak berharap sangat..

5 Disember 2017

Kali ni Adee dipanggil temuduga di MRSM Ulul Albab Gemencheh.. punya la awal kami gerak jam 5.00 pagi sebab sesi temudugu bermula jam 8.00 pagi... Bersemangat Adee sebab dia memang suka sangat nak masuk MRSM.

Tapi nya..jauh benar lahhhhhhhhhh Gemencheh tu... wow Abah Adee kata kalau dapat pon BERKEMUNGKINAN BESAR tak pergi...huhu jauhhh naw..

Actually dalam surat panggilan sudah diberitahu untuk calon hafza Surah Al-Mulk (ayat 1-12). Adee pon Alhamdulillah dah dapat hafaz semua ayat tu.. Siap siaga katanya. Suprisingly bila sampai di MRSM calon kemudian diberi surah baru untuk dihafaz, tapi kali ni dalam tempoh 25 min. Tapi kata Adee dengan pengalaman di SMA Putrajaya hari tu, dia dah tak terkejut sangat..dan Alhamdulillah dapat hafaz semua ayat yang diberi.. Alhamdulillah..ade harapan ni..insyaAllah..

Actually best sangat masa temuduga ni sebab mama dapat jumpa BFF / ex-roomates / sahabat sejati masa di matrik dulu.. Anaknya dapat 6A, Alhamdulillah dan mohon MRSM Ulul Albab Gemencheh juga.. Best sangat mmg beberapa jam Adee dan Amni (anak BFF) kat dalam berjuang, kami geng mak bapak dok sebuk mengimbau kenangan kat luar.. huhuhu..



Sampai tengahari jugak la baru selesai..hehehe..

13 Disember 2017

Next rezeki Adee lagi, dipanggil temuduga di Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Istana Bandar, Kuala Langat. Disebabkan cuti aku hanya tinggal 2 hari je lagi, jadi aku tak escort Adee ke temuduga ni. Abah je la bawak. Berbezanya ujian kali ni..lama sangat.... bermula jam 7.30 hingga petang dlm jam 3.00 lebih... peghhhh..berasap Abah tunggu terkulat-kulat sensorang...hehehe cobaaan. Ujian nya termasuk ujian akademik sekali.

Oleh kerana aku tak ikut, maka takde la gambornya... harapkan Abahnya ..memang bye-bye jelah dia nak bergambor.. jadi kita pinjam gambor org je la

sumber: http://adisarahberkisah.blogspot.my/2011/12/temuduga-di-istana-bandar.html

15 Disember 2017

Last but not least, Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh. Pilihan pertama kami untuk SBP ialah SM Agama Persekutuan Kajang... reason sebab sekolah agama yang mantop dan yang penting dekat... heheh.. Ujian kejap je dalam sejam je gitu..



Berikut adalah senarai permohonan sekolah dan cara memohon...

1. SMKA Maahad Hamidiah (sekolah kluster kecemerlangan) - mohon melalui cikgu kelas, isi borang sekolah kawalan. Kalau anak-anak korang berminat nak mohon jangan lupa selalu follow-up dengan cikgu kelas minta dia register dalam sistem. Anak kawan aku kesian, tak dpt masuk sebab cikgu culas tak daftarkan permohonan dia.

2. Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Istana Bandar - mohon melalui borang yang dibekalkan oleh JAIS kepada Sekolah KAFA selepas terima keputusan PSRA. Hanya pelajar yang Mumtaz sahaja diberi borang, tapi korang boleh je paksa ustazah beri borang tersebut kalau betul-betul berminat. Segala urusan / surat menyurat semua melalui Sekolah KAFA. Jadi kena selalu follow-up dengan ustazah.

3. MRSM Ulul Albab Gemencheh - mohon secara online melalui https://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp. Boleh masukkan 4 pilihan. Hanya yang mohon MRSM Ulul Albab dan IGCSE yang ada temuduga. MRSM Teknikal ade ujian sahaja. MRSM Premier tiada apa2..heheh

4. SM Agama Persekutuan Kajang - mohon secara online melalui https://sst1.moe.gov.my/semakan_sbpt1/index.cfm. Boleh pilih SATU SBP sahaja tau... lepas dah mohon, calon akan dipanggil untuk UKSBP.

5. SMA Putrajaya - mohon secara online melalui http://jpwpp.moe.gov.my/v2/



Jadi lepas dan penat temuduga segala bagai, berikut adalah keputusan yang kami terima..

1. SMKA Maahad Hamidiah  -- BERJAYA

2. Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Istana Bandar -- BERJAYA

3. MRSM Ulul Albab Gemencheh - KEPUTUSAN AKAN DIUMUMKAN MINGGU KETIGA JANUARI)

4. SM Agama Persekutuan Kajang - TIDAK BERJAYA

5. SMA Putrajaya - TIDAK BERJAYA

Bila kami pikir punya pikir, Adee decided nak masuk SMKA Maahad Hamidiah, MITS terpaksa kami tolak atas faktor jarak dan 'feel' dari pihak tuan punya badan. Entah dia kata takde 'feel' nak ke MITS. Sayang juga sebab situ TAHFIZ..... tak apalah Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk kami.

Sok nanti kalau MRSM pon panggil, kami sambung pikir lagi... hehehe



 Semoga Adee membesarkan menjadi anak soleh dan cemerlang di dunia dan akhirat. Amin...

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Alhamdulillah, Syukur Ya Rabb

Assalamualaikum... Masih ingat ke dengan post aku before this..yang meroyan pasal anak tak dapat 6A UPSR... huhuh.. Kami bertiga di...