Monday, February 20, 2017

PR1MA: Sesi Pemilihan Unit





Akhirnya hari yang dinanti-nantikan pon tiba.. aku terima surat jemputan ke Hari Pemilihan Unit PR1MA 2 minggu sebelum hari kejadian 19 Februari 2017. Kira dekat 2 bulan juga la menunggu surat jemputan sejak tahu kami berjaya dalam proses undian. Slot kami mulai jam 12.00 - 1.00 petang.

Masa kami sampai dah memang penuh orang. Aku tugaskan anak aku jadi photographer tak bertauliah. Jadi redho je la dengan gambor-gambor yang ada ni.

Storyborad aku hari ni adalah berdasarkan flow proses yang aku terpaksa lalui sepanjang tempoh pemilihan unit.

Kaunter Pendaftaran: Mula-mula aku ke kaunter pendaftaran. Amoi minta aku tunjukkan slip gaji dan surat jemputan. Dia semak kemudian dia beri no giliran beserta borang untuk diisi dan disahkan oleh pihak bank.

Kaunter Semakan Maklumat Kredit : OK, lepas tu proceed to kaunter semakan ni untuk keluarkan laporan kredit kami suami isteri. Setiap seorang dicaj RM10. Time ni ler nampak hutang berbaris.. huhuhu.. PTPTN pon ado...

Nota: Untuk makluman, kejayaan pembiayaan PR1MA ni bergantung kepada laporan kredit ini. Jika CCRIS / CTOS tu mmg tak lepas.

Kaunter Bank Panel: Kemudian, kami proceed ke kaunter bank panel. First kami pi, OUB Bank. Staf bank semakan laporan kredit berserta slip gaji pendapatan semua. Jika layak, dia akan endorse pada borang yang diberikan di Kaunter Pendaftaran tadi. Untuk makluman, kena dapat at least 2 bank endorse yang loan boleh lulus baru boleh dapat masuk pilih unit. Antara panel bank yang ade semalam, Maybank, CIMB, OUB dan BSN. Bagi penjawat awam seperti aku, Kaunter Pinjaman Perumahan Kerajaan pon ada.

Nota: Jika kita memang dah setkan nak mohon Pinjaman Perumahan Kerajaan, terus je kaunter berkenaan. Takperlu ke kaunter setiap bank. Buang masa. Sebab setiap minit berharga utk pilih unit yang kita nak.


Selepas dah dapat 2 bank yang endorse boleh lulus pinjaman untuk kita @ endorsement utk pinjaman perumahan kerajaan, korang boleh terus ke area pemilihan unit. Tunjuk borang yang telah di endorse tadi dan kita akan dibenarkan masuk untuk pemilihan unit.

Berkenaan dengan Rent-to-Own Scheme (RTO) yang aku baca tempohari, bila klik kat website PR1MA sehari sebelum pergi sekali ade makluman ini... rupanya "Application for Rent-To-Own (RTO) financing program for PR1MA Homes is unavailable at the moment and will be made available soon" .. Rupanya belum ade.. 


Ok berbalik kepada proses pemilihan unit, Blok yang dibuka untuk pemilihan hanya BLOK A sahaja.

Aku punya la dok aim blok yang hujung tepi tasik tu, sekali itu Fasa 2 ler..bukan PR1MA, harga start RM450K, ayoyoyo.. Blok PR1MA hanya Fasa 1 tu saja.

 

Gate pon ade 2, utk Fasa 1 dan Fasa 2 gate berasingan.. ala antara 2 darjat la katakan.. heheh.. OK blok aku adalah di row hadapan, hujung sana nun..


Ha nampak tu yg bertanda kuning semua org dah pilih. Yang available hanya tingkat 18,19,20.. huhu tingginya mak.... cheq gayat baq hang!! 

Hajat dihati nak yang corner lot dan tingkat 2@3 sahaja..tapi corner lot semua tingkat dah penuh.. Bincang punya bincang ... kami pilih lot 21 yang kedudukan nya 2 dari hujung.. lebih privacy. Kalau tengok pada lakaran aku tu, warna grey (no genap) mengadap pool..aku tak suka mengadap pool sebab nnt mengadap blok belakang juga, maka kami pilih side hijau yang no ganjil sb taknak mengadapa apa-apa..hahah..kalau mengadap pool alamatnya mmg curtain dan sliding door aku tu tertutup lah sepanjang masa.. takut org skodeng..hehehe


Layout floor plan rumah ni.. Bukak pintu jumpa toilet dulu..huhuh.. Aku dengan En. Somi plan nak buka je reading room tu.. banyak duit gak tu kalau sungguh bagai dikata.. 


Sekarang tengah pening-pening nak siapkan semua dokumen dan duit legal segala bagai (kalau amik loan kerajaan legal fees tu kita kena tanggung).. Ejen tu ckp less than RM10K..peluh jugak dengar.. Dia buat anggaran sahaja, berapa sebenarnya nnt dia akan bgtau kemudian.. Hadoi..

Pada pandangan aku, smooth jugak la proses pemilihan unit ni.. ade banyak panel bank yg dilantik hadir untuk kita semak terus kelayakan kita..  tapi yang aku tak puas hati tu lot rumah yang available tu sikit bebenor.. dengarnya aku nye batch ni baru hari kedua..takkan semua dh habis..hairan bin ajaib la juga.

Lagi satu, maybe maklumat ni ade kat website PR1MA tapi maybe ramai yang tak perasan, kalau laporan kredit kita tak cantik @ high commitment, bank mmg takleh lulus unless buat joint loan..kalau dua-dua kita laki bini tak cantik, maka terpaksalah melupakan hasrat nak beli rumah ni. Aku rasa memang kerajaan patut cepat-cepat buka skim RTO tu untuk kes-kes macam ni.. Kesian ada yang datang bersungguh-sungguh tapi sangkut tak dapat pilih unit. Ramainya orang melayu kita la.. muda-muda aku tengok.. Kesian.. cepat-cepat la buka RTO tu Jib ooii! Kata nak bantu golongan org muda / berpendapatan rendah ni dapat beli rumah..

Sekian, laporan saya.. hehehe

6 comments:

  1. boleh tahu tak, lokasi projek PR1MA ini di mana ya?

    ReplyDelete
  2. tahniah dpt pr1ma...kitorang dah lps dah 2 thn yg lepas..hiihi..


    kalau nak pilih rumah, better pilih yg x ngadap ngan rumah jiran..atas sbb privacy jugak... lagi satu, kalau ade pilihan. pilih rumah yang panas waktu pagi & petang x panas,..sbb kita takde kat rumah time pagi.. ptg tak panas kalau pilih yg ngadap rumah jiran yg panas petang..

    eh..betul ke ayat saya nih..ekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih..saya masa diberitahu berjaya undian tu terus gugel cari info, banyak saya baca kat blog julie ler..

      Delete
  3. Hai Salam, saya dapat juga rumah nie, cuma saya batch pertama masa saya dulu buka untuk pemilihan block A tingkat 1-11. pilih tingkat 10. so far apa perkembangan mohon loan ye

    ReplyDelete
  4. Wsalam, loan sedang dalam proses kerana saya memohon pinjaman perumahan kerajaan yang lambat sikit prosesnya. Alhamdulillah tingkat 10 just nice tak tinggi sangat, saya di tingkat 18 seriau je rasa.. Tapi rezeki Allah dh tentukan, Alhamdulillah syukur.

    ReplyDelete