Thursday, September 7, 2017

Deco: Dining Area



Ok cerita dining area pula... Ni la dining area a.k.a meja makan kami... kuang kuang kuang..


Kerusi Eames tu aku beli kat Lazada, pertama kali cuba beli kat Lazada... order hari ni esok tengahari dah sampai.. Harga kerusi ni tak mahal, RM99 je sebijik.. Kualiti sesuai la dengan harga.

Meja ni pula aku beli As Is kat IKEA, murah giler RM280, tapi bila campur kos penghantaran + dismantle (sebab lori IKEA hantar kena buka balik meja ni)+ assemble balik cecah la juga RM400. Sekarang IKEA caj penghantaran RM80 (Lembah Kelang), dismantle 10% harga, assemble 10% harga.. huhuh..gigil juga la nak bayar, tapi memandangkan meja ni xleh bawa balik sendiri sebab bulat, maka ku redho..

Dinding pada meja makan tu masih kosong, aku plan nak letak khat..tapi tak sure lagi masih pikir-pikir... macam takde idea lain pula asal dinding ja khat, asal khat je dinding.. patut cari idea lain la kot..  Tapi blom dapat idea.. kat bawah tu idea-idea gantungan khat utk aku pikir-pikirkan..

Korang ade idea yg lebih menarik tak? maybe wallshelves pon ok kan?

Deco: Reading Area



Reading Area la konon..padahal...almari buku je pon... takpe la bagi glamer sket ye dak? Dulu masa kat rumah lama rak Kallax ni aku letak meninggi, sekarang aku ubah citarasa sket sb ruang kosong kat sini, jadi aku baringkan dia...

Di atasnya aku letak canvas dari Kaison, yang "Home" tu RM12.90 dan yang daun tu RM49.90 je kat Kaison.. yang daun asalnya mcm gambar kat bawah ni, tapi aku gunting itu tali-tali..heheh.


Pada canvas "Home" dan daun aku cuba jadi kreatif sikit, aku beli sticker khat dan tampal atas nya sebab aku nak deco aku kali ni walaupun scandinavian, tapi islamic... heheh..


Sticker bismillah tu aku beli daripada FB Qarya Hidayah, saiz M harga RM60. Senang je nak pasang sticker tu.. Khat kufi Alhamdulillah tu aku print dan gunting sendiri..





Deco: Ruang Tamu Baru


Assalamualaikum... ha semalam dah cerita pasal konsep dan kaler cat pilihan.. so hari ni boleh la tunjuk sikit gambar ruang tamu kami yang sederhana je ni..

Macam aku cerita masa topik pindah randah dulu, dari rumah lama aku tak bawa semua perabot kecuali bench hitam dan rak buku Kallax IKEA sahaja... yang lain konon-konon nak beli baru sedikit demi sedikit...


Ya sangat kecil dan sederhana sahaja... sofa pon takde lagi... bench hitam tu aku letakkan dua bantal besar untuk nak menyandar..takpe la buat sementara waktu..sebab aku taknak rushing beli sofa.. bagi aku sofa mestilah yang paling selesa kalau nak beli... duit pon belum cukup, so kita hold dulu ya..
 

Carpet guna karpet lama sedia ada, langsir beli kat HomePro RM109 sekeping (utk sliding door ni aku guna 4 keping). Hajat dihati dinding atas bench hitam tu nak letak khat Allah Muhammad ni. Dah tengok kat instagram, RM200 kalau saiz 2 kaki x 2 kaki.. ok bulan depan ye beli (InsyaAllah)... hehhe



Aku tambahkan 2 kerusi dari IKEA ni...yang paling murah aku rasa dlm range arm chair.. selesa duduknya, bolehlah..sesuai dengan harga





Kabinet TV yang lama pon aku dah letgo, sebab memang plan nak main 'lekat-lekat' je TV dan wall shelves. Beli bracket murah RM45 dan wallshelves (RM99-kaki + RM35 kayu) di HomePro. Atas shelves tu cuma letak decoder astro dan DVD player je... ha simple yang amatss... TV pon kecek sahaja... adik aku siap sound soh beli TV besor sikit... huhuhu dia ingat aku cop duit agaknya..


Nampak tak pokok tu, tu pokok aku beli kat IKEA RM15, aku pon tak tahu pokok apa, org kata fiddle fig, ontahlah makcik pon tak tahu.. ade jugak mulut jahat kata pokok nangka...huhu mulut takde insurans..

Ok simple tak ruang tamu aku? Ha cinonet sahaja.. 



Wednesday, September 6, 2017

Deco: Rumah Baru, Konsep Baru


Alhmadulillah, selasai juga berpindah... Ya Allah penat tak payah cakap la... Syukur en suami masih dalam cuti, jadi kebanyakkan kerja dia yang selesaikan.. Mula dari membasuh rumah, mengecat dan touch up sana touch up sini... Aku tolong deko sahaja... sebab bab deco tak boleh ke dia, nnt kelaut perginya...hehehe

Ok bercakap pasal deco, mestilah nak kena decide on concept dan clour scheme dulu kan.. So kami akhirnya decided utk pilih konsep 'minimalist nordic / scandinavian'... minimalist sebab barang pon takdo..kikiki ngelat kan.. konsepnya lebih kurang mcm kat bawah ni la..

Sumber : Google

Walaupun aku ber'inspirasi'kan gambar kat atas ni, tapi colour scheme aku adjust sket, sb monotone hitam putih aku 'kureng' sket... aku pilih natural tone yg mcm ni...

 sumber : Google (gambor pecah takleh besar-besar)

Actually aku jumpa banyak reference utk colour scheme kat google, meh aku share ngan korang..mudah la nnt kalau nak decide on colour combinations.. contohnya mcm kat bawah ni le





 Oleh sebab aku teringin nak pasang wallpaper, jadi aku kena la sesuaikan warna wallpaper dengan cat dinding... aku pon buatlah matching2 macam ni.. Semua colour code cat tu daripada website Jotun.. wallpaper batu-batu tu Korean wallpaper aku beli kat nilai.. Bila tanya pendapat sahabat baik dan adik-adik, aku pilih option no 4 tu, Tenderly Grey..

Kos cat dan wallpaper (living + dining room)

1. Cat Jotun (5 liter) - 2 tong X RM102.00 = RM204.00
2. Korean Wallpaper - 1 gulung (1 meter lebar X 15 meter panjang) = RM140 (after discount 50%)
3. Kos mengecat dan pasang wallpaper = RM0 (sendiri bikin)

Alhamdulillah jimat....

Gambar before make over.. (sila jangan pengsan), opps dinding sebelah dah en somi dh cat seblum amik gambor, asal dinding tu kaler biru terang..


In-progress... hero in action



After makeover?? kita tunggu next entry nya...

Tuesday, August 29, 2017

Pindah : Packing dan Let Go Perabot Lama



Lama sudah tak bersiaran, biasalah kalau blog bab deko ni, mestilah bila ade projek baru update ye dak?

Seteleah 10 tahun tinggal di rumah sekarang, tiba masa nya kami berubah angin. Pindah pon bukan la jauh mana, masih dalam kawasan Seri Kembangan ni juga... cuma upgrade sikit je la..

 Sumber: Google

Kami decided nak pindah actually sebelum puasa lagi, tapi mengenangkan dengan nak puasa pastu nak raya lagi kami tangguh dulu. So lepas naik cuti raya terus maklumkan kepada tuan rumah yag kami nak pindah keluar. Alhamdulillah walaupon short notice tapi tuan rumah amat memahami.

Bermula lah proses packing... ni la proses yang pallllllllllinggggg memenatkan en suami... aku tak diizinkan mengemas, tugas aku hanya tentukan apa yang nak di bawak dan apa yang nak dibuang. Sebab kelemahan en suami adalah buang membuang ni...kalau ikut beliau semuanya dia nak simpan..walau pon dah 10 tahun tak guna benda tu.. aku punya kelemahan pula, kalau kemas nnt cari mesti tak jumpa dah barang tu... hahaha

So aku mulakan dengan menentukan konsep deko rumah baru... rasanya kali ni berkenan nak go for Industrial atau Nordic/Scandinavian.. mana satu konsep yg menjadi pilihan, tunggu next entry ye..

Industrial Decor
Sumber: Google

 Nordic / Scandinavian Decor


Ha..yang mana satu pilihan korang???

Memandangkan aku diberi amanat untuk tentukan apa yang nak dibawa dan apa yang nak dibuang, aku cadangkan kat en suami yang aku taknak bawa satu apa pon perabot lama ke rumah baru... terkejutlah beliau... nanti nak guna perabot apa pula..duduk bersila atas tikar je ke.... hehehe

Aku berjaya sort of convince kan beliau yang perabot lama ni beri / jual kepada sesiapa yang sudi atau yang rosak akan dibuang (tak elok beri barang tak elok kpd org)... Perabot baru nnt kami beli la sikit-sikit..sebulan satu barang.. hehehe

Sebenarnya tujuan utama taknak lagi perabot lama adalah sebab rumah baru kami ni lebih kecil sedikit berbanding rumah sekarang... perabot aku pula banyak yang gabak-gabak. Lagi pon rumah baru dah siap ade kitchen cabinet, jadi tak perlu lagi nak bawa kabinet lama ke sana.. Perabot ni semua aku beli 13 tahun lepas..masa mula-mula kahwin.. nak la pula berubah angin..

Jadi aku mula la 'iklan' kan perabot lama aku pada adik iparku dan opis mate.. Alhamdulillah adik iparku dan 2 org kawan opis sudi nak ambil barang-barang buruk aku... tinggal katil yg dh patah kaki dan sofa 3 seater yang dah koyak untuk dibuang..


Cerita bab packing, aku dan en suami packing barang guna kotak dan beg biru IKEA.. Syukurlah bulan 9 tahnun lepas aku pindah opis, jadi banyak kotak-kotak yang terpakai yang masih elok aku beli semula.. aku bayar RM1 / kotak... kalau nak beli, RM5 kot utk kotak saiz tu... En suami tak isi penuh setiap kotak.. beliau isi setakat berat yang mampu dan senang diangkat oleh mover nanti... Ya en suami sangat-sangat la bertimbang rasa..


Baju-baju pula aku pack menggunakan 20+ plastik IKEA biru saiz Extra Large ye... banyak giler baju.. ala sebenarnya bukan banyak sangat baju..cuma aku tak keluarkan hanger dan tak lipat satu-satu.. aku malas sebab nnt sampai terus keluarkan dari beg dan terus saja sangkut di railling baru.. Konsep aku sama je dengan sekarang, taknak pakai almari baju, semua baju aku simpan dalam bilik khas yang siap pasang railing IKEA tu... macam bilik baju sekarang... senang.. aku malas nak lipat melipat ni..



Jadi Khamis 25 Julai 2017, kami pun panggil lori..mula la angkut barang ke rumah baru... Syukur semuanya smooth..lori yang dapat pon murah je RM380 untuk lori 3 tan with 4 pekerja..

Ok nanti sambung cerita make over rumah baru ya... Assalamulaikum...


Deco: Dining Area

Ok cerita dining area pula... Ni la dining area a.k.a meja makan kami... kuang kuang kuang.. Kerusi Eames tu aku beli kat Lazada, per...