Tuesday, November 15, 2016

Kebun Project : Man Zara'a Hasada






Entry kali ini berlainan sedikit.. saja nak cerita tentang projek baru en suami.. Dia nak tumpang simpan catatan di blog ni untuk bacaan kami dimasa depan... Actually daku malas nak create satu blog khas untuk dia.. jadi tumpang sini pon ok la ye..

Mulai Mac tahun ni, en suami bertekad nak usahakan tanah-tanah ayah yang kosong di kampung.. Keadahnya, dia tanam, ayah pantau.. Jadi seminggu / 2 minggu sekali dia akan balik kampung untuk tengokkan kebun ni.

PROJEK 1:  CILI PADI

Projek fasa 1 bermula dengan tanaman cili... en suami dan ayah setuju nak tanam cili padi...



Dimulakan dengan kerja-kerja membersihkan tanah... mencabar juga la sebab tanah ni banyak pokok-pokok besar.. sayang juga kerana terpaksa dipotong..


Kemudian pasang lapik.. depa panggil silver shine.. Aku dan mak mertua ku gigih masukkan sekam dalam polybag.. wow boleh tahan nak patah pinggang makcik ooii



Seterusnya pasang piping drip dan pancang buluh... en suami ku gigih buat sorang untuk +-1700 pokok



 Abah aku kebetulan pandai jugak bab-bab pertanian ni.. abah komen pokok tu susn dekat sangat.. en suami ku paham tapi sebab nak maximisekan ruang yang ade, maka dia dengar je la..

 
 Hero in action, weekend je lari balik kampung.. gagah perkasa orangnya.. hehehe
 
 

 


Mak mertua ku yang paling suka mengutip hasil...semangat dia tiap-tiap pagi

Tada...Alhamdulillah.. selepas 3 bulan ni la hasil tuaian kebun projek 1

PROJEK 2 : Sayur-sayuran Bayam + Sawi

Projek fasa 2 ni adalah tanah belakang rumah, luas sikit dari tapak projek cili tadi.. kali ni depa pilih tanaman sayuran pula..

 Tanah mula dibersihkan, dan kena panggil trekta untuk buat batas

 Hero ku belajar pasang sprinkle ni kat youtube je.. pon jadi...

 Anak bayam dah mula tumbuh


 Tak sampai sebulan..tadaaaaa



Di batas yang lain...tanam sawi pula



Ayah minat sungguh dengan kebun dia ni



Alhamdulillah.... 


مَنْ زَرَعَ حَصَدَ  - Man zara'a hasada bermaksud "sesiapa yang bercucuk tanam (Inshallah) akan menuai hasilnya."





2 comments:

  1. Alhamdulillah.. berbudi pada tanah..

    syoknya besaq tanah terbiar ni ya..
    nak memungut hasil tu, paling syok tu..

    lepas tu hasilnya, jual sendiri ke?

    ReplyDelete