Tuesday, November 15, 2016

Kebun Project : Man Zara'a Hasada






Entry kali ini berlainan sedikit.. saja nak cerita tentang projek baru en suami.. Dia nak tumpang simpan catatan di blog ni untuk bacaan kami dimasa depan... Actually daku malas nak create satu blog khas untuk dia.. jadi tumpang sini pon ok la ye..

Mulai Mac tahun ni, en suami bertekad nak usahakan tanah-tanah ayah yang kosong di kampung.. Keadahnya, dia tanam, ayah pantau.. Jadi seminggu / 2 minggu sekali dia akan balik kampung untuk tengokkan kebun ni.

PROJEK 1:  CILI PADI

Projek fasa 1 bermula dengan tanaman cili... en suami dan ayah setuju nak tanam cili padi...



Dimulakan dengan kerja-kerja membersihkan tanah... mencabar juga la sebab tanah ni banyak pokok-pokok besar.. sayang juga kerana terpaksa dipotong..


Kemudian pasang lapik.. depa panggil silver shine.. Aku dan mak mertua ku gigih masukkan sekam dalam polybag.. wow boleh tahan nak patah pinggang makcik ooii



Seterusnya pasang piping drip dan pancang buluh... en suami ku gigih buat sorang untuk +-1700 pokok



 Abah aku kebetulan pandai jugak bab-bab pertanian ni.. abah komen pokok tu susn dekat sangat.. en suami ku paham tapi sebab nak maximisekan ruang yang ade, maka dia dengar je la..

 
 Hero in action, weekend je lari balik kampung.. gagah perkasa orangnya.. hehehe
 
 

 


Mak mertua ku yang paling suka mengutip hasil...semangat dia tiap-tiap pagi

Tada...Alhamdulillah.. selepas 3 bulan ni la hasil tuaian kebun projek 1

PROJEK 2 : Sayur-sayuran Bayam + Sawi

Projek fasa 2 ni adalah tanah belakang rumah, luas sikit dari tapak projek cili tadi.. kali ni depa pilih tanaman sayuran pula..

 Tanah mula dibersihkan, dan kena panggil trekta untuk buat batas

 Hero ku belajar pasang sprinkle ni kat youtube je.. pon jadi...

 Anak bayam dah mula tumbuh


 Tak sampai sebulan..tadaaaaa



Di batas yang lain...tanam sawi pula



Ayah minat sungguh dengan kebun dia ni



Alhamdulillah.... 


مَنْ زَرَعَ حَصَدَ  - Man zara'a hasada bermaksud "sesiapa yang bercucuk tanam (Inshallah) akan menuai hasilnya."





Tuesday, November 1, 2016

Deco : New Office, New 'Spirit'






Al-kisahnya berpindah randah ni memang la memenatkan.. baik pindah rumah ke, pindah pejabat ke, pindah almari pon dah penat macam bersilat.

 Sumber : Google

Kami mula berpindah ke bangunan baru ni sebenarnya sejak September lagi. Tapi memandangkan proses berkemas-kemas pon tak siap sepenuhnya, jadi aku tangguh dulu catatan berkenaan pindah-pindah ni..

Yang paling leceh bab pindah ni adalah part nak pindahkan bilik fail bahagian aku je (bukan for the whole jabatan ye) ade lebih kurang 6,000 fail. Semuanya kategori sulit dan semuanya belom buleh lupus sebab belum cukup tempoh untuk pelupusan mengikut syarat-syarat Arkib Negara. Memandangkan nak save bajet, staf semua la kena kerah berkemas. Takde luxury pakai movers bagai.. Movers hanya tolong pindahkan file compactor ja.. tu pun sebab staf tak reti buka dan pasang semula... huhuhu.. zaman gawat.. layankan je la.. Ni la file compactor.. kami panggil compactor la..tatau la kot ade nama lain..

Staf aku semuanya perempuan.. korang bayangkanlah..mengemas fail-fail yang beribu-ribu..masuk dalam 400 kotak.. berat plak tu...

Kotak-kotak dah selamat sampai ke 'rumah baru' ..jasa baik abang sado tolong angkat..

Ruang partition baru untuk staf-staf kesayangan ku.. Agak kecik berbanding partition sebelum ini. Kesian juga diorang.. huhuh.. Cermin tu..silau lagi... itu kira dah tinted masih terang benderang..nampaknya kena la pasang blind pasni...

Ni pula keadaan asal bilik aku sebelum aku berpindah masuk. Luas juga bilik ini untuk letak 2 orang pegawai. Perasan tak tingkap kat belakang tu?? Terang yang amat..silau bijik mata akak.. Tingkap tu boleh pula tak bertinted sebab asalnya semasa pembinaan bangunan bilik ni khas untuk bilik cetak.. bilik lain semua sudah siap bertinted.. adoiii hadap je la dulu...




Deco-deco ala kadar saja... takder mood nak deco sebab blind tu belom pasang..


Tahu..mesti korang rasa susun atur kabinet tu tak sesuai kan.. ye.. terpaksa letak situ utk sementara waktu sebelum blind di pasang. Aku kena letak kabinet tinggi dan canvas paint bunga tu disitu untuk halang sikit cahaya masuk... PC pula mengadap ke tingkap jadi memang silau teruk.. itu la yang terbaik dapat aku pikirkan buat sementara waktu ni.. Bos aku lekat kertas-kertas hitam, aku plak tak suka sb nnt gugur aku jadi serabut.. haaha


View dari dalam ke luar.. aku memang suka buka je terus dua-dua side pintu tu.. biar senang aku nak panggil / tgk staf aku.. senang juga aku nak nyampuk ape diarong sembang.. haha.
 

Ruang sofa ni mcm 'krik-krik' lagi.. aku pon takde mood lagi nak letak hiasan apa.. cuma just doa ade rezeki nak beli khat ayat suci Al-Quran nak letak kat dinding atas sofa tu.. Actually aku more prefer meja discussion berbanding sofa, sebab kala meja meeting tu aku boleh meeting dgn staf kat sini je.. sofa ni mcm takde guna sangat.. huhuh


Hiasan ala kadar... nnt ada modal ku improve lagi ye..


 Ruang kosong banyak tu, RM sejuta muat kot dalam tu erk.. hehehe

Alhamdulillah.. syukur kepada Allah kerana memberi kami peluang bekerja ditempat yang selesa.. semoga kami sentiasa bekerja ikhlas Lillahi Taala..Terima lah ibadat kami ini Ya Allah... Amin..




  

Deco: Dining Area

Ok cerita dining area pula... Ni la dining area a.k.a meja makan kami... kuang kuang kuang.. Kerusi Eames tu aku beli kat Lazada, per...