Monday, July 27, 2015

Travel : Japan 2015 (Part 3) - Solat Ketika Bermusafir


Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki aku dan kawan-kawan dapat menjejakkan kai akhirnya ke Bumi Nihon @ Japan selama 6 hari 5 malam.. banyak pengalaman yang kami kutip disana.. banyak juga yang kami belajar...

Mendirikan solat adalah kewajipan yang tidak dapat ditinggalkan hatta ketika kita bermusafir. Oleh itu, sebelum aku bermusafir nak-nak lagi ke bumi asing yang bukan negara Islam, aku ade la buat revision sikit bagaimana untuk menunaikan solat ketika bermusafir dan keringanan-keringanan yang diberikan kepada seorang musafir..




Pertama sekali bab wudhuk...nak solat mesti nak kena berwudhuk kan.. jadi macam mana nak berwudhuk tanpa air / air yang sedikit... macam mana nak berwudhuk dalam flight.. 

Pertama sekali aku sediakan botol spray untuk wudhuk.. botol ni aku beli di Daiso, RM5 sahaja.. kecil sahaja..mungkin dlm 500ml sahaja.. Nampak bila spray lebih senang..tetapi telah aku cuba, lebih senang buka sahaja tutup botol dan tuangkan air ke tapak tangan..senang.. jadi kalau korang bawak botol air mineral biasa tu saja dh ok..tak perlu spray..


Untuk berwuhduk dengan air yang sedikit aku rujuk video oleh Ustaz Drs Sapawi Che Mat.. Alhamdulillah jelas penerangan ustaz... cuba korang tgk..




Seperkara lagi.. baru aku tahu ade satu kemudahan untuk musafir iaitu apa yang dipanggil 'menyapu khuf'.. Menyapu khuf ni ialah 


"Menyapu khuf merupakan keringanan yang diberikan oleh Syarak kepada umat Islam. Semasa mengambil wudhuk, orang yang memakai khuf tidak perlu menanggalkan khufnya. Memadai ia menyapu air di atas khufnya sebagai ganti kepada membasuh kaki. Keringanan ini terbuka untuk lelaki dan wanita, orang yang sedang musafir atau yang berada di dalam negeri, yang sihat atau yang sakit."


Sumber : http://fiqh-am.blogspot.com/2008/06/menyapu-khuf.html

Jadi maknanya, sebelum kita keluar, kita berwudhuk terlebih dahulu, pakai kasut yang menutupi keseluruhan kaki (xboleh kasut lobang-lobang atau koyak ye)... jadi bila tiba waktu solat kita boleh mengambil wudhuk tanpa perlu membasuh kaki, cukup sekadar menyapu khuf (kasut) sahaja.. Untuk penerangan penuh berkenaan menyapu khuf ni, korang boleh rujuk di laman web diatas...

 Content update 16 Mac 2016 , ilmu baru jumpa
 "Boleh ke jika muslimat berwudhuk tanpa buka tudung untuk menyapu kepala (sapu atas tudung) jika tiada kawasan tertutup utk buka tudung?"

Merujuk kepada pada minit 1:22:222 dalam video ceramah Mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin ini, persoalan ini kias nya bukan pada khuf tetapi kias nya pada serban dimana riwayat menyebut Nabi SAW, bila hendak berwudhuk baginda tanpa buka serban terus disapunya wudhuk di atas serban berkenaan.. Jadi oleh kerana perlakuan berkenaan dilakukan oleh baginda Nabi SAW, maka wanita BOLEH menyapu wudhuk di atas tudung terutama sekali apabila berada ditempat2 yang tidak boleh mereka membuka tudung... Alhamdulillah...lagi mudah untuk kita muslimat...

Rujuk Minit 1:22:222 hingga minit 1:23:14 dalam video ceramah Mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin.. klik sini https://www.youtube.com/watch?v=AvSLPTyPYyQ


Kenapa tak bertayammum sahaja dalam flight..lagi senang? Ini penjelasannya..

"Malah menurut pandangan yang paling kuat, tidak boleh disempurnakan dengan menepuk dinding, kerusi atau debu-debu yang melekat pada baju. Ini kerana habuk di dinding buatan dan kerusi kapalterbang bukan tidak termasuk dalam erti tanah. tetapi jika dinding, kerusi, baju dan sebagainya itu benar-benar jelas kelihatan berdebu dengan debu tanah, tatkala itu barulah boleh menepuk di atasnya untuk tujuan tayamum"

 Sumber : http://zaharuddin.net/fiqh-ibadah/874-balik-malaysia-a-penjelasan-ibadah-dalam-kapalterbang.html
 

Alhamdulillah selesai wudhuk.. tiba bab nak bersolat pula.. Ok dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tokyo, flight bertolak tengah malam dan subuh kami masih belum touch down di Narita, maka kami perlu menunaikan solat fardhu Subuh di dalam flight.. Aku mengerjakan solat Subuh secara solat secara duduk... 

Stepnya begini..

Sumber : Google

Perlu mengadap kiblat ke? Penjelasannya begini

"Bagi kiblat pula, jika ia dapat mengadap ke arah kiblat, wajiblah ia mengadap ke arahnya. Jika di tengah solat, kapal/kenderaan beralih dari arah kiblat, dimaafkan. Jika ia tidak mampu mengadap ke arah kiblat, hendaklah ia mengadap ke arah mana yang boleh."

Sumber :http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/10/solat-di-atas-kapal-terbang.html
"Apa yang penting adalah ketika takbir permulaan dada kita berada tepat menghadap arah yang dikehendaki, pergerakan kapalterbang selepas itu tidak lagi perlu dihiraukan."

Sumber : http://zaharuddin.net/fiqh-ibadah/874-balik-malaysia-a-penjelasan-ibadah-dalam-kapalterbang.html


Ok seterusnya.. kat mana kami solat di Tokyo.. ada surau ke masjid ke? Ada kat Tokyo ada masjid.. tapi satu je la.. namanya ialah Masjid Tokyo Camii.. Melalui info tour guide kami masjid ini dibina diatas tanah milik masyarakat Turki di Tokyo. Rekabentuk masjid ini sebijik Masjid Sultan Ahmed atau lebih dikenali sebagai Masjid Biru di Istanbul.. 

 Masjid Tokyo Camii 
Sumber: Google

Sebelum pergi ke Tokyo aku sudah bertekad untuk solat di masjid ini, jadi malam pertama aku disana aku dan beberapa kawan ikut tour guide untuk solat disana.. kebetulan dia belum solat Maghrib.. berbaloi aku lepaskan peluang jalan-jalan di Harajuku dengan kawan-kawan yang lain.




Alhamdulillah syukur..hajatku kesampaian..

Selepas Tokyo Camii kami dah tak jumpa masjid lagi.. jadi apa kami buat adalah kami solat di taman-taman..


Taman ini di kawasan pintu masuk ke DisneySea... Alhamdulillah selesa.. kami makan bekal dan terus solat disitu.. arah kiblat kami check pakai kompas... Syahdu je solat kat sini...



Ini pulak taman tempat kami solat di Tokyo Tower... mereka tak bawak sejadah, bendera pon boleh.. bukan tak hormat.. tapi darurat..

Ada sekali kami kena solat di kaki lima shopping mall, tapi laluan tu takde orang lalu.. jadi tour guide cakap boleh solat disitu.. tapi orang pandang-pandang la jugak... adventure habaq hang... tetapi pengalaman macam ni la buat aku bangga jadi seorang muslim...

Di Gotemba Premium Outlet, Alhamdulillah...ade disediakan bilik solat.. bilik 2460, tapi kena interkom pekerja diorang dulu untuk buka..Alhamdulillah selesa..


Ada dua ruangan... lelaki dan wanita.. 


 tapi tempat wudhuk disekalikan..terpaksa kawtim dgn budak lelaki..sapa nak masuk dulu..

 Lepas guna, interkom balik pekerjanya untuk kunci...

Sebelum aku mengakhiri entry kali ni..ni ade sedikit pesanan..






Ini adalah keadaan tandas di Jepun...keringgggg dan bersihhhh amatsss.. kita sebagai muslim mesti menghormati ciri-ciri ini.. Ada dikalangan kawan-kawan aku mungkin depa lupa, bila ambil wudhuk common la.. tolong sebaik mungkin untuk tidak basahkan lantai.. jangan angkat kaki dalam sinki, jangan cebuk air dan basuh kaki di lantai... aku dapat tengok muka orang-orang Jepun macam nak penampor je kawan-kawan aku yang buat macam ni... seb baik penjaga toilet tak datang, kalau tak sure kena maki.. Yang penting kita kena jaga imej kita sebagai muslim..

Apa aku buat, aku isi air kat sinki, masuk dalam tandas, tuang air slow2 dan sikit2 dalam mangkuk tandas.. pastikan tak becak.. aku pastikan aku berwudhuk sebelum mula perjalanan supaya aku boleh menyapu khuf nanti, jadi aku tak perlu basuh kaki.. 

Allahualam

Travel : Japan 2015 (Part 2) - Booking Flight & Hostel


Okeh untuk entry kali ni aku akan ceritakan macam mana kami buat booking untuk tiket flight, hostel dan tour guide..



Mula dengan booking tiket flight untuk 17 orang.. wah ingatkan senang... tapi mencabar jugaklah.. tahu apa yang mencabarnya?... melalui website airasia.com untuk sekali booking maksimum hanya untuk 9 orang sahaja.. jadi kami pecahkan kepada 2 kumpulan.. Nak dijadikan cerita, kumpulan yang first buat booking diorang dpt harga tiket RM900++ seorang... tetapi aku yang nama berada dalam kumpulan kedua dah tak dapat plak harga RM900++ tu... harga tiket kami RM1100+.. huh tension..

Memang la kita paham kan kalau tiket airasia ni mmg tricky sikit.. jadi kami bincang punya bincang (siap ada drama air mata lagi)..kami semua setuju flat rate kan.. maksudnya yang dapat harga murah tu kena bayar lebih sikit sb nak tampung kos kawan-kawan yang kena bayar lebih... Alhamdulillah selesai..

Seterusnya aku ditugaskan untuk cari hotel atau hostel atau homestay untuk penginapan kami.. Memandangkan bajet kami ciput iaitu RM100++ untuk semalam, di kota metropolitan macam Tokyo pilihan kami hanya hostel atau capsule hotel.. Korang tahu apa beza hostel dan capsule.. 

Hostel tu ialah dorm... katil double decker, biasa nya dalam 4 hingga 12 orang sebilik.. bilik air asing, ade kitchen utk memasak..

Capsule ni macam hostel tapi tempat tido nya macam gambor kat bawah ni ha... berkotak-kotak. Kami tak pilih capsule ni sebab ade dikalangan kami cakap mereka kurang selesa..nampak macam sesak napas... ahahah

  
Aku mula la buat search melalui pelbagai website yang menyediakan perkhidmatan booking hotel antaranya trivago, airbnb, expedia, dan macam-macam lagi.. akhirnya aku muktamadkan booking aku di Booking.com...


Kami bersetuju untuk memilih Anne Hostel Yokozuna berdasarkan lokasi, harganya yg within our budget iaitu RM105/ malam dan yang paling penting review yang bagus daripada pengunjung sebelum ini.. Komunikasi pon senang.. kerana pekerja Anne Hostel ini fasih berbahasa Inggeris.. Alhamdulillah..

Kalau nak diikutkan booking melalui Booking.com tidak memerlukan kita bayar deposit, namum memandangkan kami kumpulan yang ramai iaitu lebih 8 orang, pihak hostel meminta kami membuat bayaran deposit sebanyak 20% daripada harga keseluruhan. Kami bayar menggunakan paypal.. lebih selamat bak kata kawan aku... 

Okeh ni la dorm kami... kumpulan kami terdiri daripada 14 wanita dan 3 lelaki.. 



Konsepnya ialah 'sila pasang sendiri cadar dan sarungkan sendiri bantal dan selimut anda'...hahaha...



Toilet dan bilik mandi pon bersih... A++


Dapur tempat kami masak dan makan..


Alhamdulillah selesai urusan flight dan hostel... sekarang nak cerita pasal mencari tour guide.. tugasan mencari ni kawan aku buat pon menggunakan khidat encik google.. pilih punya pilih kawan aku yakin dengan khidmat yang disediakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Jepun ni melalui website 

Antara sebab utama kami decide untuk hire tour guide adalah kekangan bahasa.. seorang pon daripada kami tak pandai bahasa Jepun.. jadi agak cuak disitu sebab orang Jepun pon tak pandai cakap bahasa Inggeris.. Jadi walaupon mahal sikit kami redha je la untuk hire tour guide.. Charge yang dikenakan adalah RM1450 seorang.. charge ini termasuk harga tiket train, sewa bas ke Fujiyama dan jugak tiket masuk ke Disneyland / DisneySea.. 

Mungkin kalau kira-kira kita beli sendiri dan harung sendiri perjalanan tanpa tour guide ni mungkin lebih murah.. mungkin... sb kami tak kira.. tanak menyesal.. hahaha

Berikut adalah itenari yang disediakan untuk kami..


 Okeh, nanti kita sambung ye...

Travel : Japan 2015 (Part 1) - Checklist


Alhamdulillah rezeki Allah SWT... tahun ni tercapai hajat nak melancong ke luar negara.. Allah hantar rezeki kepada kami 17 orang di pejabat untuk jalan-jalan makan angin di Jepun... yess Jepun!!

Pada mulanya kami semua berhajat nak ke Korea, tapi memandangkan dah banyak group sebelum ini dah ke Korea, maka kami dinasihat mencadangkan lokasi lain, kalau tak bos tak approve la rombongan cik kiah kami..



Kalau korang nak tahu, program ni adalah appreciation program tempat kerja aku kepada staf-staf yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan.. Bos belanja RM2500 seorang, pastu kita cadangkanlah nak kemana, syaratnya mesti pergi obersea naik flight.. hahah

Pikir punya pikir kami pilih nak ke Jepun.. kira kos seorang nak kena tambah dalam RM1000++ (tak termasuk makan pakai ye, kos tiket flight, hostel dan tour guide sahaja). Mulanya teringin kami nak ke New Zealand, tapi mengenangkan nak kena tambah beribu-riban maka kami pendamkan sahaja hajat tu buat masa ni... Taiwan dan Hong Kong memang aku yang paling tak setuju nak pergi.. hahah tak gemor makcik.. belom masa lagi..

Jadi untuk part 1 ni aku nak cerita dulu pasal persediaan nak travel jauh ni..

Aku sediakan checklist, bukan apa takut ada yang tertinggal and kalau ade checklist senang aku nak track perbelanjaan yang keluar sederas air sungai ni ha... huhuh

Korang jangan gelak plak tgk checklist aku ni ye.. hahah aku beli yang bajet-bajet sahaja...sesuai lah dengan diriku ini.. shopping pon kat Hari-hari... huhuhu


Aku pack ni untuk 6 hari 5 malam... baju kalau tak cukup aku recycle je lah.. Alhamdulillah cukup..ade yang tak pakai pon... sb kami berjalan dari pagi sampai malam... memang selai je la sehari.. balik bilik tukor baju tido.. Yang dalam checklist ni hanya yang aku perlu beli baharu... ade 2 blouse aku sedia ada aku bawa juga..

Baju kurung aku bawak sebab ade mesyuarat di Universiti Tokyo setengah hari, pastu sambung berjalan pakai baju kurung sekitar Tokyo.. best korang.. rasa bangga dapat pakai baju kurung di tanah asing.. Bangga.. Bangga



Paling penting korang jangan lupa ubat-ubatan... kalau dah berjalan sehari suntuk, turun naik tren je manjang...kaki ni mmg maksimum la kegunaannya... memang sangatlah dinasihatkan bawak minyak urut... 3 botol pon takper... ekekeke

Lagi satu benda paling penting yang perlu kita bawa adalah... botol air.. bukan botol air minum..tapi botol air khas utk kita cebok / basuh selepas kita melepaskan hajat ditandas... tak semua tandas kat negara luar ade paip air ye korang dalam tandas... air kat sinki ade le.. jadi harus beringat.. Alhamdulillah rezeki aku, jumpa botol air boleh lipat di Daiso.. 2.5 liter lagi.. gambar botol tu nanti aku letak sini.. kena balik snap dulu.. sangat berguna habaq hang...


Selain itu juga, penting untuk diingatkan, semua dokumen penting korang print out utk diletakkan dalam setiap bag, kalau korang bawak 3 beg, buat tiga salinan .... manalah tahu salah satu beg hilang, kita ade la back-up..

Aku nasihatkan korang jangan tukar duit cash banyak-banyak... macam aku, aku hanya tukar dlm RM1500 ( 50,000 yen) sahaja dulu, duit bekal lain aku biar dalam akaun bank sahaja.. Tapi kena ingat untuk membolehkan kita withdraw / cucuk duit kat obersea, kita kena setkan di mesin atm / kalau maybank boleh melalui Maybank2u.com untuk pengeluaran di luar negara. Mengikut tour guide kitaorg (pelajar Malaysia di Jepun) lebih untung begini sebab nilai tukaran wang lebih rendah.. Tapi perlu diingat, cucuk duit di luar negara charge pengeluarannya lebih sikit ye..

Selain buat checklist untuk senarai perbelanjaan dan barangan yang nak dibawa, aku plan jugak apa nak pakai ye korang.. heheh siap google travel outfit dan style yang bersesuaian... ha aku pilih style mcm ni.. ahahaha.. plus size's macam aku x banyak choice.. pusing2 situ gak style nye... hahah




Hahaha..jangan gelak..jangan gelak...

Sunday, July 26, 2015

Deco : Raya Buffet 2015

Assallamualaikum.... Selamat Hari Raya!!!

Alhamdulillah sekali lagi kita dipanjangkan umur untuk bertemu dengan Ramadhan, mengharunginya dengan jaya (insyaAllah) dan meraikan Syawal lagi pada tahun ini.

Seperti biasa, raya kami sekeluarga sederhana sahaja.. tambahan pula tahun ni semua hanya ada sepasang baju baru sahaja.. mahal-mahal belaka barang sekarang ni.. kalau tahun-tahun yang lepas dengan jumlah bajet yang sama, dapat lebih sikit la baju-bajunya.. tapi tahun ni nampaknya bersyukurlah dengan apa yang ada..


Tahun ni pon sama, aku tak buat open house, jadi bila ada request tetamu nak datang beraya, barulah masak sikit-sikit.. lagi pon mengenangkan rumahku yang saiz nya comel lote tu, aku memang tak jemput ramai-ramai dalam satu-satu masa..mahu sesak napas tetamu nanti..hehehe

Untuk tahun ni, jumlah tetamu hanya 25- 30 sahaja...tapi aku susun jadual dalam 3 batch, batch pagi sedara mara en suami dari Perlis, petang 12 orang geng opis dan malam adik ipar n jiran depan rumah. Alhamdulillah... semua nya datang ikut jadual...heheheheh


Okeh tahun ni aku memilih warna tema merah dan kelabu.. Kebetulan masa bulan puasa ritu aku ke Kaison, dapatlah beli langsir bercorak "Quatrefoil" idaman kalbu sejak 2 tahun lepas.. Pernah berhajat nak beli kain bercorak begini melalui e-bay dan website dari oversea, tapi bila pikir-pikir tak berbaloi..mahal bebenor.. jadi dengan gigih nya aku menunggu trend quatrefoil ini sampai ke Malaysia... akhirnya kat Kaison ade jual... mooooraaaahhhhh plak tu... sekeping langsir ini hanya berharga RM39.90 gitu... murah sangat-sangat.. Aku beli sekeping sahaja sebab aku mmg berniat utk jadikan langsir ini sebagai alas meja, lobang-lobang langsir tu kita kasi potong sama dia... heheheh..

Mula-mula kite citer pasal centerpiece dulu le.. Aku ni memang jenis beriya-iya sikit kalau bab menghias buffet table ni..aku suka kalau buffet table nampak cantik dan classy.. Ni lah cara aku menghargai tetamu yang datang...biar diorang tahu aku beriya nak menjamu diorang.. ye dak?

Okeh untuk centerpiece aku gunakan 3 scented candle, beli di Daiso RM5.00 sebijik.. and aku gunakan juga elemen potporri untu menaikkan seri.. bunga peonis tu memang dah ade..beli sejak tahun lepas rasanya dalam RM15.90 setangkai..


Untuk hiasan meja cutlery pulak aku just guna gelas goblet, isi dengan potporri dan letak sekor burung merah...hehhe..siap...


Ini adalah arrangement asal.. menu aku simple je.. mee kari ipoh (air tangan en suami ku), lemang dan serunding, pavlova, buah-buahan potong, coklat, kacang dan kerepek. Simple je.. deco je beriya!


Tapi pagi hari kejadian, keluar mencari lemang tak berjumpa.. jumpa la kedai lemang tapi kenapa lemang nya tak berapi? confuse aku takut terkena lemang semalam.. jadi aku tak beli... jadi aku tukar menu dengan popiah frozen beli kat Kedai Ayamas..uiii sedap.. sungguh..


Buahpon tak sempat beli, beli puding laici je lah... cover puding tu sedondon okeh... maintain deco yer..


* makanan belom top up selepas tetamu batch pertama balik.. adik yang kata aku kedekut serve 5 ketul popiah je sb aku send kat dia gambor ni.... hehehe




Tadaaa... ni la full view meja buffet raya aku tahun ni.. meriah dengan lampu liplap pasang last minit.. akakak...


Uiii..buruk plak lapik tpt letak pinggan tu... huh spoil!


Deco: Dining Area

Ok cerita dining area pula... Ni la dining area a.k.a meja makan kami... kuang kuang kuang.. Kerusi Eames tu aku beli kat Lazada, per...