Monday, July 27, 2015

Travel : Japan 2015 (Part 3) - Solat Ketika Bermusafir


Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki aku dan kawan-kawan dapat menjejakkan kai akhirnya ke Bumi Nihon @ Japan selama 6 hari 5 malam.. banyak pengalaman yang kami kutip disana.. banyak juga yang kami belajar...

Mendirikan solat adalah kewajipan yang tidak dapat ditinggalkan hatta ketika kita bermusafir. Oleh itu, sebelum aku bermusafir nak-nak lagi ke bumi asing yang bukan negara Islam, aku ade la buat revision sikit bagaimana untuk menunaikan solat ketika bermusafir dan keringanan-keringanan yang diberikan kepada seorang musafir..




Pertama sekali bab wudhuk...nak solat mesti nak kena berwudhuk kan.. jadi macam mana nak berwudhuk tanpa air / air yang sedikit... macam mana nak berwudhuk dalam flight.. 

Pertama sekali aku sediakan botol spray untuk wudhuk.. botol ni aku beli di Daiso, RM5 sahaja.. kecil sahaja..mungkin dlm 500ml sahaja.. Nampak bila spray lebih senang..tetapi telah aku cuba, lebih senang buka sahaja tutup botol dan tuangkan air ke tapak tangan..senang.. jadi kalau korang bawak botol air mineral biasa tu saja dh ok..tak perlu spray..


Untuk berwuhduk dengan air yang sedikit aku rujuk video oleh Ustaz Drs Sapawi Che Mat.. Alhamdulillah jelas penerangan ustaz... cuba korang tgk..




Seperkara lagi.. baru aku tahu ade satu kemudahan untuk musafir iaitu apa yang dipanggil 'menyapu khuf'.. Menyapu khuf ni ialah 


"Menyapu khuf merupakan keringanan yang diberikan oleh Syarak kepada umat Islam. Semasa mengambil wudhuk, orang yang memakai khuf tidak perlu menanggalkan khufnya. Memadai ia menyapu air di atas khufnya sebagai ganti kepada membasuh kaki. Keringanan ini terbuka untuk lelaki dan wanita, orang yang sedang musafir atau yang berada di dalam negeri, yang sihat atau yang sakit."


Sumber : http://fiqh-am.blogspot.com/2008/06/menyapu-khuf.html

Jadi maknanya, sebelum kita keluar, kita berwudhuk terlebih dahulu, pakai kasut yang menutupi keseluruhan kaki (xboleh kasut lobang-lobang atau koyak ye)... jadi bila tiba waktu solat kita boleh mengambil wudhuk tanpa perlu membasuh kaki, cukup sekadar menyapu khuf (kasut) sahaja.. Untuk penerangan penuh berkenaan menyapu khuf ni, korang boleh rujuk di laman web diatas...

 Content update 16 Mac 2016 , ilmu baru jumpa
 "Boleh ke jika muslimat berwudhuk tanpa buka tudung untuk menyapu kepala (sapu atas tudung) jika tiada kawasan tertutup utk buka tudung?"

Merujuk kepada pada minit 1:22:222 dalam video ceramah Mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin ini, persoalan ini kias nya bukan pada khuf tetapi kias nya pada serban dimana riwayat menyebut Nabi SAW, bila hendak berwudhuk baginda tanpa buka serban terus disapunya wudhuk di atas serban berkenaan.. Jadi oleh kerana perlakuan berkenaan dilakukan oleh baginda Nabi SAW, maka wanita BOLEH menyapu wudhuk di atas tudung terutama sekali apabila berada ditempat2 yang tidak boleh mereka membuka tudung... Alhamdulillah...lagi mudah untuk kita muslimat...

Rujuk Minit 1:22:222 hingga minit 1:23:14 dalam video ceramah Mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin.. klik sini https://www.youtube.com/watch?v=AvSLPTyPYyQ


Kenapa tak bertayammum sahaja dalam flight..lagi senang? Ini penjelasannya..

"Malah menurut pandangan yang paling kuat, tidak boleh disempurnakan dengan menepuk dinding, kerusi atau debu-debu yang melekat pada baju. Ini kerana habuk di dinding buatan dan kerusi kapalterbang bukan tidak termasuk dalam erti tanah. tetapi jika dinding, kerusi, baju dan sebagainya itu benar-benar jelas kelihatan berdebu dengan debu tanah, tatkala itu barulah boleh menepuk di atasnya untuk tujuan tayamum"

 Sumber : http://zaharuddin.net/fiqh-ibadah/874-balik-malaysia-a-penjelasan-ibadah-dalam-kapalterbang.html
 

Alhamdulillah selesai wudhuk.. tiba bab nak bersolat pula.. Ok dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tokyo, flight bertolak tengah malam dan subuh kami masih belum touch down di Narita, maka kami perlu menunaikan solat fardhu Subuh di dalam flight.. Aku mengerjakan solat Subuh secara solat secara duduk... 

Stepnya begini..

Sumber : Google

Perlu mengadap kiblat ke? Penjelasannya begini

"Bagi kiblat pula, jika ia dapat mengadap ke arah kiblat, wajiblah ia mengadap ke arahnya. Jika di tengah solat, kapal/kenderaan beralih dari arah kiblat, dimaafkan. Jika ia tidak mampu mengadap ke arah kiblat, hendaklah ia mengadap ke arah mana yang boleh."

Sumber :http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/10/solat-di-atas-kapal-terbang.html
"Apa yang penting adalah ketika takbir permulaan dada kita berada tepat menghadap arah yang dikehendaki, pergerakan kapalterbang selepas itu tidak lagi perlu dihiraukan."

Sumber : http://zaharuddin.net/fiqh-ibadah/874-balik-malaysia-a-penjelasan-ibadah-dalam-kapalterbang.html


Ok seterusnya.. kat mana kami solat di Tokyo.. ada surau ke masjid ke? Ada kat Tokyo ada masjid.. tapi satu je la.. namanya ialah Masjid Tokyo Camii.. Melalui info tour guide kami masjid ini dibina diatas tanah milik masyarakat Turki di Tokyo. Rekabentuk masjid ini sebijik Masjid Sultan Ahmed atau lebih dikenali sebagai Masjid Biru di Istanbul.. 

 Masjid Tokyo Camii 
Sumber: Google

Sebelum pergi ke Tokyo aku sudah bertekad untuk solat di masjid ini, jadi malam pertama aku disana aku dan beberapa kawan ikut tour guide untuk solat disana.. kebetulan dia belum solat Maghrib.. berbaloi aku lepaskan peluang jalan-jalan di Harajuku dengan kawan-kawan yang lain.




Alhamdulillah syukur..hajatku kesampaian..

Selepas Tokyo Camii kami dah tak jumpa masjid lagi.. jadi apa kami buat adalah kami solat di taman-taman..


Taman ini di kawasan pintu masuk ke DisneySea... Alhamdulillah selesa.. kami makan bekal dan terus solat disitu.. arah kiblat kami check pakai kompas... Syahdu je solat kat sini...



Ini pulak taman tempat kami solat di Tokyo Tower... mereka tak bawak sejadah, bendera pon boleh.. bukan tak hormat.. tapi darurat..

Ada sekali kami kena solat di kaki lima shopping mall, tapi laluan tu takde orang lalu.. jadi tour guide cakap boleh solat disitu.. tapi orang pandang-pandang la jugak... adventure habaq hang... tetapi pengalaman macam ni la buat aku bangga jadi seorang muslim...

Di Gotemba Premium Outlet, Alhamdulillah...ade disediakan bilik solat.. bilik 2460, tapi kena interkom pekerja diorang dulu untuk buka..Alhamdulillah selesa..


Ada dua ruangan... lelaki dan wanita.. 


 tapi tempat wudhuk disekalikan..terpaksa kawtim dgn budak lelaki..sapa nak masuk dulu..

 Lepas guna, interkom balik pekerjanya untuk kunci...

Sebelum aku mengakhiri entry kali ni..ni ade sedikit pesanan..






Ini adalah keadaan tandas di Jepun...keringgggg dan bersihhhh amatsss.. kita sebagai muslim mesti menghormati ciri-ciri ini.. Ada dikalangan kawan-kawan aku mungkin depa lupa, bila ambil wudhuk common la.. tolong sebaik mungkin untuk tidak basahkan lantai.. jangan angkat kaki dalam sinki, jangan cebuk air dan basuh kaki di lantai... aku dapat tengok muka orang-orang Jepun macam nak penampor je kawan-kawan aku yang buat macam ni... seb baik penjaga toilet tak datang, kalau tak sure kena maki.. Yang penting kita kena jaga imej kita sebagai muslim..

Apa aku buat, aku isi air kat sinki, masuk dalam tandas, tuang air slow2 dan sikit2 dalam mangkuk tandas.. pastikan tak becak.. aku pastikan aku berwudhuk sebelum mula perjalanan supaya aku boleh menyapu khuf nanti, jadi aku tak perlu basuh kaki.. 

Allahualam

3 comments:

  1. huhu, soal toilet ni la, masalah besar bagi saya..

    bila la ada rezeki dpt pi luarnegara...
    best kan pi jepun, bersih.. canggih.. ye tak?

    ReplyDelete
  2. insyaAllah ada rezeki nabila sekeluarga nanti.. akak doakan.. bab toilet ni kalau kita bersedia dengan peralatan, insyaAllah tak susah mana.. mohon Allah permudahkan..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah. Allah permudahkan urusan :)

    ReplyDelete

Deco: Dining Area

Ok cerita dining area pula... Ni la dining area a.k.a meja makan kami... kuang kuang kuang.. Kerusi Eames tu aku beli kat Lazada, per...