Monday, July 27, 2015

Travel : Japan 2015 (Part 2) - Booking Flight & Hostel


Okeh untuk entry kali ni aku akan ceritakan macam mana kami buat booking untuk tiket flight, hostel dan tour guide..



Mula dengan booking tiket flight untuk 17 orang.. wah ingatkan senang... tapi mencabar jugaklah.. tahu apa yang mencabarnya?... melalui website airasia.com untuk sekali booking maksimum hanya untuk 9 orang sahaja.. jadi kami pecahkan kepada 2 kumpulan.. Nak dijadikan cerita, kumpulan yang first buat booking diorang dpt harga tiket RM900++ seorang... tetapi aku yang nama berada dalam kumpulan kedua dah tak dapat plak harga RM900++ tu... harga tiket kami RM1100+.. huh tension..

Memang la kita paham kan kalau tiket airasia ni mmg tricky sikit.. jadi kami bincang punya bincang (siap ada drama air mata lagi)..kami semua setuju flat rate kan.. maksudnya yang dapat harga murah tu kena bayar lebih sikit sb nak tampung kos kawan-kawan yang kena bayar lebih... Alhamdulillah selesai..

Seterusnya aku ditugaskan untuk cari hotel atau hostel atau homestay untuk penginapan kami.. Memandangkan bajet kami ciput iaitu RM100++ untuk semalam, di kota metropolitan macam Tokyo pilihan kami hanya hostel atau capsule hotel.. Korang tahu apa beza hostel dan capsule.. 

Hostel tu ialah dorm... katil double decker, biasa nya dalam 4 hingga 12 orang sebilik.. bilik air asing, ade kitchen utk memasak..

Capsule ni macam hostel tapi tempat tido nya macam gambor kat bawah ni ha... berkotak-kotak. Kami tak pilih capsule ni sebab ade dikalangan kami cakap mereka kurang selesa..nampak macam sesak napas... ahahah

  
Aku mula la buat search melalui pelbagai website yang menyediakan perkhidmatan booking hotel antaranya trivago, airbnb, expedia, dan macam-macam lagi.. akhirnya aku muktamadkan booking aku di Booking.com...


Kami bersetuju untuk memilih Anne Hostel Yokozuna berdasarkan lokasi, harganya yg within our budget iaitu RM105/ malam dan yang paling penting review yang bagus daripada pengunjung sebelum ini.. Komunikasi pon senang.. kerana pekerja Anne Hostel ini fasih berbahasa Inggeris.. Alhamdulillah..

Kalau nak diikutkan booking melalui Booking.com tidak memerlukan kita bayar deposit, namum memandangkan kami kumpulan yang ramai iaitu lebih 8 orang, pihak hostel meminta kami membuat bayaran deposit sebanyak 20% daripada harga keseluruhan. Kami bayar menggunakan paypal.. lebih selamat bak kata kawan aku... 

Okeh ni la dorm kami... kumpulan kami terdiri daripada 14 wanita dan 3 lelaki.. 



Konsepnya ialah 'sila pasang sendiri cadar dan sarungkan sendiri bantal dan selimut anda'...hahaha...



Toilet dan bilik mandi pon bersih... A++


Dapur tempat kami masak dan makan..


Alhamdulillah selesai urusan flight dan hostel... sekarang nak cerita pasal mencari tour guide.. tugasan mencari ni kawan aku buat pon menggunakan khidat encik google.. pilih punya pilih kawan aku yakin dengan khidmat yang disediakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Jepun ni melalui website 

Antara sebab utama kami decide untuk hire tour guide adalah kekangan bahasa.. seorang pon daripada kami tak pandai bahasa Jepun.. jadi agak cuak disitu sebab orang Jepun pon tak pandai cakap bahasa Inggeris.. Jadi walaupon mahal sikit kami redha je la untuk hire tour guide.. Charge yang dikenakan adalah RM1450 seorang.. charge ini termasuk harga tiket train, sewa bas ke Fujiyama dan jugak tiket masuk ke Disneyland / DisneySea.. 

Mungkin kalau kira-kira kita beli sendiri dan harung sendiri perjalanan tanpa tour guide ni mungkin lebih murah.. mungkin... sb kami tak kira.. tanak menyesal.. hahaha

Berikut adalah itenari yang disediakan untuk kami..


 Okeh, nanti kita sambung ye...

2 comments:

  1. rm105/malam untuk satu rumah ke seorang?
    mcm selesa je kat situ, dapur tu best...

    ReplyDelete
  2. Salam nabila, RM105/night/ untuk seorang.. kami stay untuk lima malam jd RM500++.. ye memang selesa.. dapur, toilet dan tempat makan kita sharing dengan penghuni lain.. kebetulan nak jadi rezeki kami, masa kami menginap disini, group kami adalah group terbesar, ade la group mat minah salleh 2-3 orang.. jadi mmg kami yg conquer dapur dan tempat makan... hehehe diorang surrender nak masuk since penuh dengan kami je.. bising plak tu..

    ReplyDelete

Deco: Dining Area

Ok cerita dining area pula... Ni la dining area a.k.a meja makan kami... kuang kuang kuang.. Kerusi Eames tu aku beli kat Lazada, per...