Deco : Majlis Doa Selamat & Sambutan AidilFitri 2014

Salam...

Majlis baru je selesai.... tapi aku dah tak sabor nak update.. hehehe... Sebenarnya majlis ni dah dirancang sejak 2 minggu lepas, masa tu belum dapat tarikh sahih kepulangan jenazah mangsa MH17 ke Malaysia.. sebab semua persiapan telah dibuat, maka kami tetap teruskan juga majlis ini...



Jadi bagi menghormati jenazah, majlis sambutan AidiFitri kali ini kami selitkan sekali majlis bacaan doa selamat dan program majlis adalah sederhana dan tiada sebarang bentuk hiburan..

Ok lah, memandangkan tahun ni tahun sedih kerana banyak peristiwa dan tragedi menyayat hati terjadi maka tema kami bersederhana saja... department aku yang tahun lepas tema bling2 merelit merelap, tahun ni kami pilih tema "Pray4Gaza".

Jadi haruskan warna tema adalah warna bendera Palestin iaitu merah, hitam, hijau dan putih.


Menu pon simple je... Laksa Johor je sejenis...  hehehe...


Bukan buffet je tema gaza, kami pon pakai jubah and tag pray4gaza ni...


 Kat bawah ni pulak, meja buffet department sebelah, menunya dessert... meja buffet lain aku x sempat snap, kalut makan...



Comments

Popular Posts