Inspirations : Laman Abah

Salam semua,

Hari ni entry istimewa sikit... Saya nak tempek beberapa gambar laman abah di kampung saya di Perlis. Abah saya memang seorang yang sangat kreatif. Laman rumah di kampung dihias secantik dan sedamai mungkin... saya rasa la saya kreatif sikit2 ni pon tumpang gene abah la agaknya... mak saya biasa2 saja..tak pandai menghias rumah sangat... gene mak boleh kata turun ke adik perempuan saya.. gene suka melawa... hehehe...

Semua ni adalah 100% hasil kerja tangan abah... abah bancuh simen, abah potong kayu, abah syellek..semua abah la...


Wakaf tu abah yang bina..dia beli kayu-kayu terpakai utk bina wakaf tu... tu la port kami sekeluarga bergambar di hari raya... hahaha


Air terjun, kolam dan jambatan batu ni abah bina masa awal2 kami pindah ke rumah ni pada tahun 1997. Masa saya snap gambar ni abah tak buka pam air, kalau tak dapat snap air terjun...


Ni pandangan sisi, tanah depan tu masih kosong.. tatau la apa plan abah seterusnya... 


Jadi cucu yang ini kalau balik, sini la port dia posing-posing... (gambar lama.. skrg dah besar budak ni) ekeke

Enjoice

Comments

  1. bestnya.. ayah saya tak se kreatif macam ni. setakat tukar lampu blh la. mungkin minat ayah pada benda lain.


    kalau dapat hias laman rumah macam ni memang best

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala cik hani abah akak ni dah bersara, tadek apa nak dibuatnya..tu pasal sempat buat semua ni..ekeke

      Delete
  2. besaqnya laman.. mcm2 ada...
    syok la laman besaq, bo main aci ligan dgn cucu2, hihi...

    ReplyDelete
  3. wahhh aman damai je rasa kalu dpt lepak tempat camni...

    ReplyDelete
  4. Cantik dan kreatif...Perlis kat mana ya?

    ReplyDelete
  5. cantiknyer... mesti suka cucu2 dia datang sini boleh main puas2 dekat luar rumah...

    ReplyDelete
  6. cantiklah taman.halaman.Besar sangat halaman.

    ReplyDelete
  7. Kreatifnyer..cantik..rumah mcm dlm taman..kalaulah sy blh diy mcm ni gak..bestnyer..

    ReplyDelete
  8. cantik la...tak sekreatip tu..huhu...lama dah x mendeko..

    www.rehanswardrobe.blogspot.com

    jom singgah blog sy tuka idea

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts