Wednesday, April 17, 2013

DIY : Closet Overhaul

Naik semak mata ni tengok bilik stor aku yang hampir penuh dengan barang-barang yang kebanyakkannya dah tak boleh guna pon lagi... penuh dengan kotak-kotak berisi baju-baju lama.. peralatan elektrik yang dah rosak tapi en suami sayang nak buang..."boleh betulkan lagi" katanya..
Akhirnya minggu lepas aku berjaya juga pujuk en suami untuk make over bilik store berkenaan menjadi bilik baju..bak kata orang puteh "walk-in closet" gitu...
Bermula dengan aktiviti mengeluarkan semua barang2 dlm bilik store dulu... buang mana yang tak perlu… derma mana yang elok.. and simpan mana yang patut...
Kemudian, en suami start mengecat.  aku pilih Jotun warna kuning..cat biasa, bukan satin finished..murah sahaja...RM27.90 seliter.. kami mengecat dengan berhemahnya.. jadi cukup2 je seliter tu utk 2 dinding...
2
Lepas siap mengecat… kami pasangkan rod baju yang diimport khas dari Ikea Damansara sahaja.. rod tu panjang maksima nya 90 cm (adjustable..nak pendekkan sikit pon boleh).. kami beli hanya 6 rod yang mana satu unit berharga RM19.90 sahaja… murahkannn… (deco kami mmg bajet2 sahaja).
1
Pada satu dinding kami pasangkan hanya setingkat .. manakala satu dinding lagi kami bikin 2 tingkat khas untu baju – baju pendek macam kemeja dan t-shirt..
Ok dah siap…jom kita start mengantung jom…. tadaa….. cantek tak,,,cantek tak..boleh la kan….ala kadar je..
   Photo0375  Photo0378
Haaa…boleh tahan banyakkan? ini pon hanya baju-baju yang selalu dipakai sahaja…baju-baju yang jarang-jarang pakai masuk dalam almari..termasuk baju-baju kerja en suami (permintaan khas nak dok dlm almari jugak.. huh!) Yang kat bawah ni segmen baju kerja aku…tak banyak… dapat la dua rod utk baju kerja…satu lagi pada dinding bertentangan..
Photo0380    3
Kat bawah baju tu since ade ruangan kosong..aku pon letak la rak khas untuk simpan “adik-adik”, stoking, towel, comforter, kain batik..cadar dan macam2 mak nenek lagi la…
‘basket’ tu aku beli kat jusco je.. yang kecik sekali tu RM16.90, tengah RM21.90 dan yang besar sekali tu RM26.90… rak pon dari jusco… RM79.90 … bentuknya boleh ubah2 ikut selera kita nak melintang ke..menegak ke… suka hati… heheheh
Photo0379   Photo0374  
Jadi inilah hasil usaha berpeluh kami weekend yang lepas… berbaloi…dan bajet murah sahaja.. Bagi aku memang selesa sangat kalau ada bilik khas utk baju mcm ni… tak perlu taruk wardrobe mahal-mahal.. cukup hanya sedikit kreativiti…kita dpt bilih baju yang osem…. Pasni taruk iron board dan setereka lah baju anda dengan aman damai disini… (tapi kena pasang kipas dulu…panas derrr… ekeke)
Aku rumuskan perincian bajet utk projek ini seperti di bawah…
1. Cat Jotun (kuning) 1 liter =  RM 27.90
2. Rod besi IKEA (MULIG  Clothes bar, white) = RM19.90 each
3. Rak Jusco (hitam) = RM79.90
4. Basket small = RM16.90
5. Basket medium = RM21.90
6. Basket large = RM26.90
7. Canvas print Paris + New York = RM14.90 each
Till then…selamat make over…
Sai….



Monday, April 1, 2013

It's a new year


I know..i know..first three months of the year has long gone.. but hey, we still in first quarter rite..(opps! that was 2 days ago).. but who cares??

2013... I've been thinking... what are the 'color' of 2013... what would it be... I imagine lots of teal / cyan ... blended together with yellow.. ain't it so refreshing?..

Well this year.. my deco will work along that direction..color scheme: teal + yellow

Picture credit to Mr. Google..and blog's owner around the world.. u guys have such a wonderful picture.. TQ

What say you?