Thursday, October 24, 2013

Deco: Buffet Centerpiece

As salam...

Post kali ni aku nak stori mori sikit pasal projek buffet centerpiece yang aku buat sempena sambutan hari raya opis hari tu.. dah lama tapi just put it here as record and bagi idea kat sapa-sapa yang tengah cari idea nak hias meja jamuan...

Actually ada dua konsep aku nak highlight.. satu konsep "bling-bling" utk Raya 2013 dan konsep "klasik ala kampung" untuk Raya 2012.

2013 : "Bling-Bling"

Ok kita mula dengan konsep "bling-bling" Raya 2013. Tahun ni aku usulkan kepada rakan-rakan untuk buat konsep glamer sikit... ade pokok.. lampu lip-lap.. mangkuk kristal... sangat vogue lah kesimpulannya...


Pada asasnya centerpiece ni terdiri dari pada batang pokok yang di cat siliver, dililit dengan lampu lip lap (aku pakai 2 set), digantung dengan kristal-kristal (gigih aku bukak dari lampu chandellier kat umah), bunga hiasan dan 2 ekor burung warna merah...



Kain lapik pepel tu aku beli dinilai..serius murah giler RM2.90/ meter..beli 2 meter je... serving dish tu aku soh member2 bawak bekas2 kaca yg vogue yang kena dengan konsep.


Actually kat bawah kain pepel tu ade aku letak lampu lip lap jugak utk penaik seri... pakai 1 set je.. haaa mcm ni rupanya..lip lap kan....



Sebelum pasang betul2 kita testing-testing dulu..sehari sebelum kita buat 'trial run' dulu kat bilik meeting... hhehehe...



Menu kami simple ja... laksa penang... desert dan buah-buahan... hehehe.. Alhamdulillah kami menang booth tercantik tahun 2013

2012 "Klasik Ala Kampung"

Okay untuk tahun sebelumnya, konsepnya adalah "klasik ala kampung".... tapi tahun 2012 kami tak menang.. tapi takpe...yang penting kami 'menang bersungguh'



Kami memang suka laksa...tiap-tiap tahun pon laksa...hehehe
 

 Paling bangga dengan gubahan sayuran ni la... hasil kreativiti kawan aku... siap pakai kukur kelapa lagi buat vase... hebat tak hebat..?


 Sebab time ni merdeka-raya..so harus la ade essence of merdeka mcm jalur gemilang tu ha...

 

Ok itu je...tahun depan tatau la idea apa pulak yang datang....

Yusai

2 comments:

Deco: Dining Area

Ok cerita dining area pula... Ni la dining area a.k.a meja makan kami... kuang kuang kuang.. Kerusi Eames tu aku beli kat Lazada, per...