Deco : Transition from Modern Plain to Monochoramatic to Classical Colours

Salam...selamat pagi....

Aku mula berpindah masuk ke Equine Park pada tahun 2007, pada masa itu aku hanya berani bermain dengan warna-warna natural.. dark chocolate n beige..
Bukan apa, mungkin takut mencuba atau terlebih berhati-hati dan hanya bermain dengan elemen-elemen warna senada...

2007 - abaikan lampu chandelier itu kerana deco asal, chandelier pon tarak..



Walau bagaimanapun, pada tahun 2009 aku mula terpengaruh dengan gaya monochromatic hitam dan putih jugak penerapan elemen corak damask yang sangat menonjol dalam gaya dekorasi pada masa itu.. Tidak mahu berlebihan membuat perubahan pada dekorasi, aku hanya menukar langsir, menambah perincian kusyen kecil dan chandelier kristal.

2009


Ternyata, penerapan unsur-unsur monochromatic dan damask berjaya membawa mood dramatic pada kediaman. Sofa putih yang dibeli pada tahun 2004 ini sangat berbaloi kerana ianya masih sesuai digayakan dengan apa jua gaya yg ingin aku tampilkan...

Menjelang 2011, citarasa dekorasi berubah sedikit lagi...bosan dengan monochromatic aku mahu mencipta mood yang lebih dramatik dengan memberanikan diri bermain dengan warna. Warna pilihan utamaku... Unggu gelap dan hitam... Nampaknya kali ni aku lebih terpengaruh dengan konsep moden-klasik dan glamor...

Unggu gelap aku pilih sebagai warna feature wall di ruang tamu.. Aku memilih cat Jotun Majestic Pearl Silk untuk memberikan kemasan berkilat pada dinding. Sangat puas hati...dengan hanya 1 liter aku berjaya menyiapkan feature wall ini dengan 3 lapisan cat...sangat berjimat cermat en suami mengecat..

Cat: Jotun Majestic Pearl Silk (1 liter) - RM38

2011





Berikut adalah wishlist utk merealisasikan deco idaman ku yang terbaru ini..

1) 2 Louise Armchair (Macy's) - RM1,300++ each


2)1 Black modern floor lamp with black shade - USD299++


3)Damask print (Blind) + Faux Suede purple (eye-let style curtain) - RM1,400++


4) Seterusnya bakal difikirkan...hehehe..salah satunya adalah.... cermin dari Jauhari ni..kat SSF Home pon ade..harga..ribun riban jugak la..size utk aku idamkan tu dlm RM2K ade la... gile mahal..simpan hajat dlm hati je le (dari beli cermin mahal2 baik beli meja makan baru or sofa baru kan..)



Wishlist tu cuma keinginan ku utk memiliki..kalau ade rezeki ade..kalau takde..kita syok survey je le... (cam tak biasa..ekeke)

Comments

  1. boleh...nanti jumaat bila2 kita pi mkn2 tghari sambil lepak2 tgk Cd.. okeh..

    ReplyDelete
  2. kerusi merah dan purple tu cantek..suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. impian je la dulu kerusi merah tu setakat skrg ni..mahal sangat kalau kat Macy..RM2.5K kalau tak silap.. belum mampu la saya...pandang2 jeling2 ja dulu...huhuh

      Delete
  3. Cantik..tgh cari survey utk deco-deco..:)

    ReplyDelete
  4. salam..1st time masuk sini n rase semangat sgttt nk start deko2 bile bce your blog!! btw dh jumpe x armchair idaman.? sy tgk kt cavenzi ari tu ade promo armchair rm199 klo x silap

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts